Hakim arah Anwar bela diri
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah hari ini mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri bagi pertuduhan kes Fitnah1 yang dihadapinya.
Keputusan itu dibacakan sebentar tadi oleh Mohamad Zabidin, yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap Anwar.
Hakim juga memutuskan 6 hingga 30 Jun depan sebagai tarikh baru perbicaraan.
Ramai pemerhati politik berpendapat keputusan itu sudah dijangka sebagai usaha untuk memenjarakan Anwar sekali lagi.
Ini bermakna Anwar mempunyai tiga pilihan iaitu pertama, bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.
Kedua, Anwar perlu menjawab dari kandang tertuduh. Sekiranya ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.
Anwar mempunyai pilihan ketiga untuk berdiam diri.
Camping Lubuk Ghancung Campsite
-
*Sempena cuti Hari Wesak baru ni, kami dan family husband pergi camping kat
Jelebu.*
*Disebabkan cuti panjang, 6 bulan sebelum kita dah booking campsite.*...
5 days ago