hari tu nkat negara kita ada uni yg disiasat tapi mcm dah senyap jek...ini dr luar negeri ni weh...tapi nak tau jugak, camana dia tau uni ni.... knp tak amik phd kat uni dlm negara? dahlah luar negara, tak diiktiraf MQA pulak tu... contoh yang baik ke ni?
Menteri Besar Perlis perjelas isu PhD miliknya
KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimilikinya sejak 2002 mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Menurutnya, baru-baru ini ada pihak yang mempertikaikan pemilikan PhD daripada Newport University, California, Amerika Syarikat itu dan pemakaian gelaran "doktor" oleh beliau dengan alasan institusi itu tidak diiktiraf MQA.
Bercakap kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media massa Perlis di sini malam tadi, beliau hairan kerana isu itu dibangkitkan selepas 10 tahun beliau mendapat PhD.
Pada Jun lalu, ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.
"Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya. Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Md Isa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong.
Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya menyebabkan mereka membangkitkan perkara itu selepas 10 tahun.
"Sebelum ini saya tidak menjawab komen mengenai perkara ini kerana tidak ingin memanjangkannya namun ada pihak menasihati supaya memberi penjelasan mengenainya," katanya.
Md Isa berkata, Newport University yang mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod's Register Quality Assurance Limited (LRQA) kini telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai Janus University mulai 2011.
Mengenai pemakaian gelaran doktor, beliau berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk menggunakannya atau tidak.
"Saya bukan doktor perubatan dan saya tak kisah jika ada yang tidak menggunakan gelaran itu. Yang penting saya telah mendapat ilmu daripada pengajian dan ijazah yang diiktiraf antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, untuk berjaya dalam kehidupan perlu mengejar ilmu dan soal pengiktirafan MQA adalah satu perkara lain. - Bernama
🔥 Outrank Competitors with Strategic Negative SEO
-
Hi there,
Are your competitors consistently outranking you? It's time to change that!
At Speed SEO, we offer *Negative SEO services* designed to disr...
2 weeks ago