Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, February 14, 2011

penjelasan buku jingga

dari Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga (Rakaman Penuh) ... ni masa forum kat RTM ari tu...dengar dan fikir fikirkan...aku...no komen...menikut kata uploader...
RTM 4 Feb - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menegaskan bahawa usaha reformasi dan transformasi ekonomi tidak akan berlaku sekiranya tiada kesungguhan dalam membawa reformasi politik di negara ini.

Rafizi menegaskan bahawa tiga teras dalam dokumen buku Jingga merupakan iltizam Pakatan Rakyat dalam membawa pembaharuan dan memperkasakan rakyat melalui program 100 hari Pakatan Rakyat apabila mentadbir negara ini bagi memastikan rakyat terus terbela.

Beliau menyatakan perkara demikian malam kelmarin dalam program temubual 'Bicara Rakyat' kelolaan RTM yang turut disertai Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan dan Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Datuk Mahani Zainal Abidin.

Friday, December 3, 2010

JLo halang klip video seks

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez (gambar) kini bergelut bagi menyelamatkan imej bersihnya daripada tercemar, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi berusia 41 tahu itu terpaksa naik turun mahkamah bagi menghentikan bekas suaminya, Ojai Noa dan ejennya, Ed Meyer daripada menjual dan memasarkan beberapa klip video yang dirakamkan semasa perkahwinan mereka selama 11 bulan pada 1997.

Dalam satu klip video tersebut, Lopez yang lebih dikenali sebagai JLo dilihat berbogel semasa menaiki sebuah skuter di tempat awam, menurut beberapa dokumen mahkamah yang difailkan pada Selasa lepas.

Peguam Noa berhujah bahawa rakaman itu dibuat dengan kebenaran Lopez. Namun peguamLopez memberitahu, ia adalah untuk tujuan peribadi dan bukan untuk didedahkan kepada umum atau dijual bagi tujuan komersial.

Pendedahan mengenai klip video seks itu membimbangkan Lopez yang cuba menonjolkan imej bersih selepas dia berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mendapat sepasang anak kembar. - Agensi

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca