BANDUNG - Perbicaraan penyanyi band Peterpan, Ariel akan disambung pada hari ini di sebuah mahkamah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada minggu lalu, penyanyi itu atau nama sebenarnya, Nazriel Irham tampil di mahkamah dalam perbicaraan pertama berhubung skandal klip video seksnya.
Dia menghadapi dakwaan mengedarkan dua klip video seks melibatkan seorang lelaki yang memiliki wajah miripnya.
Dalam salah satu video itu, seorang lelaki mirip Ariel didapati melakukan hubungan seks dengan wanita seperti kekasihnya, Luna Maya.
Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi itu sedang melakukan hubungan seks dengan wanita yang mempunyai wajah seperti bekas kekasihnya, Cut Tari.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama 12 tahun.
Menjelang perbicaraan, Ariel dikunjungi beberapa peminatnya sebagai tanda sokongan kepadanya di penjara yang menjadi tempat tahanannya, Rutan Kebon Waru. - Agensi
Village Cafe Dusun TokMama - pelakon Jasmin Hamid
-
*Hujung minggu biasanya penuh aktiviti. kalau tak camping, mesti balik
rumah mak..*
*tapi minggu baru ni kami tak pergi ke mana mana..*
*hanya keluar untu...
1 day ago
No comments:
Post a Comment