LOS ANGELES: Bapa Michael Jackson hari ini memfail semula tuntutan terhadap doktor peribadi anaknya itu yang mendakwa menyebabkan kematian tanpa niat terhadap raja pop itu tahun lalu.
Tuntutan mahkamah itu antaranya menuntut ganti rugi daripada Dr Conrad Murray, yang sebelum ini tidak mengaku salah terhadap satu lagi dakwaan jenayah kerana menyebabkan kematian terhadap Michael pada Jun tahun lalu.
Joe Jackson sebelum ini memfailkan kes itu terhadap Murray di Mahkamah Persekutuan sebaik genap setahun kematian anaknya itu.
Bagaimanapun, hakim enggan mendengar kes itu dan berkata ia sepatutnta didengar oleh Mahkamah Negeri.
“Ia satu proses yang panjang dan kematian Michael juga kini sudah kurang mendapat perhatian," kata peguam Joe Jackson, Brian Oxman.
“Bagaimanapun, masih banyak yang perlu didedahkan dan kami sedang melakukannya," katanya.
Tindakan mahkamah itu turut menamakan Applied Pharmacy Services sebagai defendan, yang rekod jualannya menunjukkan Murray memberi sejenis dadah 'propofol' kepada Michael sebelum kematiannya.
Farmasi itu didakwa menjual dadah berkenaan dalam kuantiti yang banyak tetapi ia biasanya hanya dilakukan oleh hospital, bukannya klinik peribadi.
Pihak berkuasa kesihatan bagaimanapun berkata penjualan itu adalah dibenarkan oleh undang-undang. - AP
Peperiksaan Percubaan SPM
-
*Musim peperiksaan percubaan SPM sudah bermula. *
*Penat tapi seronok sebab duk melayan macam² perangai anak² ni.. pelbagai
ragam laa kita akan dapat liha...
22 hours ago
No comments:
Post a Comment