KANGAR 22 Mac - Sudahlah hidup dengan bermata palsu akibat kanser pada matanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kini disahkan pula menghidap barah di kepala dan memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan.
Menurut ibu kepada Nurin Zuhayra Rosmizan, anaknya disahkan mengalami ketumbuhan di bahagian kiri kepala atau “left parietal mass” yang memerlukan pembedahan segera pada lusa.
Norhazliza Hassin, 29, berkata, setelah sembilan kali anaknya menjalani rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser mata yang dihidapi anaknya itu sejak berumur 1 tahun 7 bulan, sekali lagi beliau dan suaminya, Rosmizan Roslan, 32, menerima kejutan besar pada 4 Mac lalu apabila diberitahu pihak hospital bahawa anak mereka turut menghidap kanser di kepala.
Norhazliza terpaksa meminta ehsan orang ramai untuk membantunya dengan menghubungi beliau di talian 012-4900672 atau menyalur sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 159012708424. - Bernama
✉ Notice: Undelivered Mail Returned to Sender
-
Message from blogger.com server
Messages Delivery Failure
The delivery of messages was stopped by the mail server.
You have 7 pending messages that c...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment