KANGAR, 5 April (Bernama) -- Polis Rabu mendapat perintah untuk melanjutkan tempoh reman seorang ustaz yang dikaitkan dengan kematian pelajar Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi dekat sini sehingga 11 April ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan Sabtu lalu bagi siasatan kes itu dan hari ini lelaki itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan reman.
Lelaki yang juga penyelia asrama sekolah itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada Ahad lepas, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas dikatakan dipukul ustaz berkenaan ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama sekolah itu pada Khamis.
Bagaimanapun, pelajar itu pengsan dan koma lalu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sebelum dirujuk ke HSB Alor Setar.
Kes yang membabitkan pelajar sekolah kelolaan parti PAS itu mendapat perhatian nasional dan parti itu turut dukacita dengan kejadian itu.
-- BERNAMA
cerita pasal makan je laa...
-
*Alahai mun baru perasan, semua mun share pasal makan ajer.. hahaha*
*sabauuu je laa ehhh..*
*nanti-nanti kita kongsi laa cerita lain yer..*
*al kisahnya...
1 week ago
No comments:
Post a Comment