Wednesday, August 24, 2011

Mufti Perak: Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".- MK

Jarang boleh temui sperma ‘aktif’ selepas 65 jam seks, kata pakar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

“Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

“Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan,” kata beliau menjawab Yusof.

Seorang peguam Anwar, Sankara Nair kemudian memberitahu pemberita bahawa kes yang Yusof merujuk merupakan uji kaji terkawal yang dikendalikan di United Kingdom pada 1982.

“Hanya satu kes itu. Satu eksperimen solitari, di bawah persekitaran terkawal,” katanya.

Peguam itu berkata pasukan pembela akan berhujah menyentuh perkara itu kemudian.

Perbicaraan akan disambung pagi esok.

Seorang pakar DNA pasukan pembela dari Australia Dr Brian McDonald akan memberi keterangan.- MI

Tuesday, August 23, 2011

Peniaga tunjuk kemaluan dipenjara 20 bulan

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang gadis dan sekumpulan pelajar sekolah Julai lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu terhadap Lim Jin Yoong, 32, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Lim didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis berusia 15 tahun di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah St Mary, Sentul, di sini pada 4 petang 28 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menunjukkan kemaluannya kepada sekumpulan pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul di hentian bas di hadapan sebuah restoran di Sentul Raya antara 5 dan 6 petang pada 15 Ogos lalu.


Terdahulu dalam rayuannya Lim yang bekerja sendiri memohon agar dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan terpaksa menanggung ibu bapa yang sudah berusia. - Bernama

kat dalam nanti tunjuk le kat abang2 senior...ekeke

Bapa John Obi Mikel selamat selepas diculik

Kidnapped father of Nigerian footballer freed
Father of Chelsea star John Obi Mikel rescued by Nigerian police after 10-day ordeal.


Michael Obi said he was beaten by his captors during his 10-day ordeal [Al Jazeera]

The kidnapped father of Nigerian footballer John Obi Mikel, who plays for English side Chelsea, has been freed in a police raid in the north of the country after being held for 10 days.

Federal police said on Monday that Michael Obi was freed after detectives traced him to Kano, the largest city in Nigeria's north and hundreds of kilometres away from where the abduction took place. Police said no ransom had been paid.

Obi, appearing worn and with bruises under his nose, described the August 12 kidnapping in the central city of Jos, where he runs a transport company, and said he had been beaten.

By his account, a military-style van overtook him and blocked his way as he was driving home from work. Two men in military uniform jumped out and asked him to follow them, Obi said, speaking at the police headquarters.

"They forcefully pushed me into the van and when I asked them where we were going to, they said I should wait and see," he said.

"They wound up the window so nobody could hear me even if I had screamed. They beat me to a pulp and only stopped when I became very weak."

He said they sought a ransom of 10 million naira ($64,000) and eventually drove him to Kano, hundreds of kilometres away from Jos.

Two of those arrested who were allowed to speak to journalists said they had not kidnapped Obi.

Obi's son, Mikel, said he had received a ransom demand for the return of his kidnapped father in the days prior to the police rescue.

His management company, Sport Entertainment & Media Group, said in a statement that reports in Nigeria of a $130,000 demand were inaccurate but that a "sizable" sum had been requested.

Beatings by captors

Speaking at a press conference at a police station in Kano, about 1,150km from the country's commercial capital, Lagos, Obi said he was taken deep into the bush.

"I started begging them, yet they beat me mercilessly, kicking me," he said, adding that the five kidnappers were dressed in military uniforms.

"They pushed me into a vehicle painted in military [colours] and began to drive very fast."

Ibrahim Idris, Kano state police commissioner, identified the kidnappers as five men, including a former police officer, and a woman.

The accused did not immediately have a lawyer and remained largely silent as police showed them to journalists.

In a statement, Mikel thanked Nigerians, his family and friends, Chelsea and their fans and his agents for their support during the kidnapping of his father.


Semen from Saiful’s anus cannot be used as evidence

Semen from Saiful’s anus cannot be used as evidence, says forensic expert
By Shazwan Mustafa Kamal
August 23, 2011

KUALA LUMPUR, Aug 23 — Datuk Seri Anwar Ibrahim’s forensic expert said today that semen specimens taken from accuser Mohd Saiful Bukhari Azlan’s anus cannot be used as evidence in the sodomy trial as they had deteriorated and were only retrieved 56 hours after the alleged act.

Forensic pathologist Dr David Wells charged that the DNA samples taken from the semen found in Saiful’s anus were not likely to be “meaningful”, stressing that it was important to have immediately rushed the semen evidence for analysis as soon as possible.

“After a long delay, the sample won’t be pretty,” he told the court today.

The court was told earlier in the trial that DNA specimens from Saiful were obtained only 56 hours after the alleged act, when he went to Hospital Kuala Lumpur (HKL) for a medical examination on June 28, 2008 and subsequently lodged a police report against Anwar.

The court was informed back then that the DNA specimens were kept for a further 43 hours in a filing cabinet by investigating officer Supt Jude Pereira before they were handed over to government chemists for analysis.

The prosecution has insisted that it had obtained “good” DNA samples from Saiful, which they have linked to Anwar.

“If the specimen is more than 24 to 36 hours before it is extracted, it would be difficult to get any results.

“I would be exceedingly surprised. I have not been in a case where DNA taken from the anus or rectum was more than 24 to 36 hours after the deposit... If you add to it another lengthy period without air-drying (the sample), I would be sceptical to get any meaningful results,” Dr Wells said, casting doubt that the DNA evidence could be used against Anwar.

Anwar’s lawyer Sankara Nair told reporters later that Dr Well’s testimony had “demolished” the prosecution’s case as Saiful’s DNA samples were not suitable to be used as evidence in the trial.

“If you keep DNA specimens not in a freezer, especially organic specimens, or don’t air-dry them or don’t give space for ventilation, then within hours the DNA sample will turn mouldy and the DNA protein is destroyed by bacterial action,” he told reporters outside the court.

“If you count it is 90 hours (before analysis)... so you are going to get zero (results),”Sankara added.

Malaysia Insider

Zuraida: K'jaan tak boleh saman saya

Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 11
1:42pm


Ketua Wanita PKR berkata kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Bagaimanapun, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan.

"Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Tiga Beradik Mati Lemas Dipercayai Ditolak Ke Dalam Kolam Takungan Air

KLUANG, 23 Ogos (Bernama) -- Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, Isnin.

Mohd Fawzi berkata pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.

Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya.

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-- BERNAMA

Rasanya ni bukan orang Islam ni...kan...

Lihat Anak Bulan Syawal 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

-- BERNAMA

tapi raya tetap pada 30hb kan...kan...

Sunday, August 21, 2011

Sami ditahan atas tuduhan lakukan seks dengan budak

COLOMBO 21 Ogos - Seorang sami penganut Buddha terkemuka ditahan semalam atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 12 tahun.

Perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak di negara itu.

Menurut polis, sami yang berusia 60 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut lebih dari setahun terhadap mangsa di sebuah kuil di pusat wilayah utara Anuradhapura.

Sebelum ini, beberapa sami telah disabitkan atas kesalahan yang sama tetapi kes ini merupakan antara kes berprofil tinggi dalam negara itu. - AFP

Brazil juara Piala Dunia Bawah 20

Bintang Brazil, Oscar (kanan) bersama rakannya Juan Jesus menjaringkan gol ketiga menentang Portugal pada perlawanan akhir Piala Dunia Bawah 20 di Bogota, Colombia semalam. - Foto Reuters
20 BOGOTA, 21 Ogos — Oscar menjaringkan tiga gol untuk membolehkan Brazil menjulang Piala Dunia Fifa Bawah 20 di sini semalam.

Pasukan Amerika Latin itu menundukkan Portugal 3-2 apabila perlawanan dilanjutkan sehingga masa tambahan.

Oscar menyumbat gol pada minit kelima dan ke-78 dan ke-111. Gol Portugal dijaringkan oleh Alex pada minit kesembilan dan Nelson Oliveira pada minit ke-59, tetapi Brazil menyamakan gol 18 minit kemudian dan gol seterusnya untuk menjulang piala buat kali kelima.

Brazil merupakan naib juara dua tahun lalu. Mexico menewaskan Perancis 3-1 untuk menduduki tempat ketiga.

Gadis maut dipanah petir



klik gambar untuk sumber

TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.

Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan.


Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.

Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari.


“Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit.


“Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan.

“Selepas teguran itu, saya ingatkan dia masih di rumah rakannya dan berbuka di sana. Bagaimanapun, perasaan saya bercampur curiga berikutan dia masih tidak pulang selepas Maghrib, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jalan Manal, di sini, semalam.


Rosnah berkata, dia terkejut mendapati rakan anaknya pulang ke kampung mereka di Salor, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di sekeliling rumah.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan terus mencarinya meskipun keadaan sekeliling mulai gelap.


“Bagaikan tidak percaya apa yang saya saksikan apabila menemui anak dalam keadaan separuh tubuhnya hangus, dipercayai terkena panahan petir berdekatan kawasan bangsal semak dan terlindung dari pandangan umum,” katanya.


Katanya, ketika itu Siti Munirah dalam keadaan terlentang, manakala baju T hitam dan seluar pendek merah jambu yang dipakainya turut terkena panahan petir dan hangus sebahagiannya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui 50 meter dari rumah dalam keadaan terlentang dengan sebahagian badan hangus.

Takziah untuk keluarga Allahyarhamah...

Friday, August 19, 2011

Janda ditipu romeo internet rugi lebih RM125,000

SHAH ALAM 19 Ogos – Disebabkan terlalu percayakan teman lelaki warga asing yang baru dikenalinya di internet, seorang janda kehilangan seutas jam Rolex dan barangan berharga bernilai RM125,000 dalam kejadian di sebuah hotel mewah di Sepang dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Wanita tempatan itu hanya sedar telah ditipu dan dirompak oleh teman lelaki internetnya selepas dikejutkan oleh pekerja hotel yang terpaksa masuk untuk memeriksa biliknya kerana mangsa masih belum mendaftar keluar walaupun telah melebihi waktu.

Ketika dikejutkan pekerja hotel berkenaan, mangsa yang berusia 30-an dan merupakan seorang yang berharta sedang terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai akibat diberi minuman yang dicampur ubat tidur

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, selepas sedarkan diri, wanita berusia 30-an itu yang trauma dan dalam keadaan lemah terus dibawa oleh pihak hotel ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Lebih malang kata beliau, lelaki itu yang mengaku seorang warga Australia telah menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambarnya dalam keadaan tidak senonoh jika mangsa enggan membayarnya RM30,000. - Utusan

sian janda tu ek...

Zikir Munajat Full mp3- Astro Oasis

Zikir Munajat versi Astro Aosis
http://www.mediafire.com/download.php?czkdwznm1mm

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca