
20 BOGOTA, 21 Ogos — Oscar menjaringkan tiga gol untuk membolehkan Brazil menjulang Piala Dunia Fifa Bawah 20 di sini semalam.
Pasukan Amerika Latin itu menundukkan Portugal 3-2 apabila perlawanan dilanjutkan sehingga masa tambahan.
Oscar menyumbat gol pada minit kelima dan ke-78 dan ke-111. Gol Portugal dijaringkan oleh Alex pada minit kesembilan dan Nelson Oliveira pada minit ke-59, tetapi Brazil menyamakan gol 18 minit kemudian dan gol seterusnya untuk menjulang piala buat kali kelima.
Brazil merupakan naib juara dua tahun lalu. Mexico menewaskan Perancis 3-1 untuk menduduki tempat ketiga.
No comments:
Post a Comment