Wednesday, August 24, 2011

Jarang boleh temui sperma ‘aktif’ selepas 65 jam seks, kata pakar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

“Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

“Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan,” kata beliau menjawab Yusof.

Seorang peguam Anwar, Sankara Nair kemudian memberitahu pemberita bahawa kes yang Yusof merujuk merupakan uji kaji terkawal yang dikendalikan di United Kingdom pada 1982.

“Hanya satu kes itu. Satu eksperimen solitari, di bawah persekitaran terkawal,” katanya.

Peguam itu berkata pasukan pembela akan berhujah menyentuh perkara itu kemudian.

Perbicaraan akan disambung pagi esok.

Seorang pakar DNA pasukan pembela dari Australia Dr Brian McDonald akan memberi keterangan.- MI

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca