SHAH ALAM 19 Ogos – Disebabkan terlalu percayakan teman lelaki warga asing yang baru dikenalinya di internet, seorang janda kehilangan seutas jam Rolex dan barangan berharga bernilai RM125,000 dalam kejadian di sebuah hotel mewah di Sepang dekat sini pada 11 Ogos lalu.
Wanita tempatan itu hanya sedar telah ditipu dan dirompak oleh teman lelaki internetnya selepas dikejutkan oleh pekerja hotel yang terpaksa masuk untuk memeriksa biliknya kerana mangsa masih belum mendaftar keluar walaupun telah melebihi waktu.
Ketika dikejutkan pekerja hotel berkenaan, mangsa yang berusia 30-an dan merupakan seorang yang berharta sedang terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai akibat diberi minuman yang dicampur ubat tidur
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, selepas sedarkan diri, wanita berusia 30-an itu yang trauma dan dalam keadaan lemah terus dibawa oleh pihak hotel ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Lebih malang kata beliau, lelaki itu yang mengaku seorang warga Australia telah menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambarnya dalam keadaan tidak senonoh jika mangsa enggan membayarnya RM30,000. - Utusan
sian janda tu ek...
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment