Friday, November 26, 2010

BURSA MALAYSIA: Saham KL Ditutup Rendah

petchem ditutup pada harga rm5.31...paling tinggi dibuka tadi harganya rm5.71...

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Harga saham ditutup rendah di Bursa Malaysia pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai inflasi di China, ketegangan yang semakin meningkat antara Korea Utara dan Selatan serta hutang Ireland.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 4.44 mata lebih rendah kepada 1,492.05, selepas dibuka 2.19 mata lebih tinggi pada 1,498.68.

Pasaran juga tidak memperoleh pertujuk daripada pasaran ekuiti Amerika Syarikat kerana ia ditutup sempena cuti Thanksgiving.

Petronas Chemical Group, yang mula disenarai pada Jumaat pada RM5.71, bagi premium 51 sen, ditutup RM5.31 sesaham dalam dagangan aktif.

Saham itu meningkat setinggi RM5.72 dan paras paling rendah pada RM5.30, dengan 637 juta saham bertukar tangan.

Penawaran awam permulaan saham itu yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, melibatkan 2.48 bilion saham.

Indeks Kewangan turun 51.47 mata kepada 13,605.3, Indeks Perladangan susut 40.40 mata kepada 7,667.23 namun Indeks Perusahaan menokok 2.71 mata kepada 2,851.26.

Indeks FBM Emas susut 37.12 mata kepada 10,118.19, Indeks FBM 70 turun 36.42 mata kepada 10,441.73 manakala Indeks FBM Ace susut 89.84 mata kepada 4,268.73.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 1.574 bilion saham bernilai RM4.905 bilion, berbanding RM1.424 bilion saham pada Khamis.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 562 berbanding 224 manakala 273 kaunter tidak berubah, 330 tidak diniagakan manakala 40 yang lain digantung.

Peneraju dengan jumlah dagangan tertingi, Insas, Berjaya Assets dan UEMLand masing-masing turun satu sen kepada 53.5 sen, 77 sen dan 27 sen, manakala Mudajaya susut 4.0 sen kepada RM4.02.

Kaunter berwajaran tinggi, CIMB menokok 2.0 sen kepada RM8.41, Sime Darby menambah 1.0 sen kepada RM8.74, Genting susut 12.0 sen kepada RM10.28 manakala Maybank dan Maxis masing-masing tidak berubah pada RM8.70 dan RM5.28.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.454 bilion saham bernilai RM4.878 bilion berbanding 853.466 juta saham bernilai RM1.388 bilion yang diurusniagakan pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 50.421 juta saham bernilai RM13.732 juta berbanding 70.710 juta saham bernilai RM20.115 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan waran turun kepada 65.903 juta unit bernilai RM11.170 juta berbanding 73.423 juta unit pada Khamis, bernilai RM12.859 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 35.582 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 884.643 juta, pembinaan 48.817 juta, perdagangan dan perkhidmatan 242.370 juta, teknologi 15.898 juta, infrastruktur 11.509 juta, kewangan 46.069 juta, hotel 1.259 juta, hartanah 133.749 juta, perladangan 25.030 juta, perlombongan 105.970, REIT 7.755 juta dan dana tertutup 137,700.

-- BERNAMA

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca