Sunday, November 28, 2010

Ismail nafi RON95 punca kebakaran

ntahlaa.....

BERA 28 Nov. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga menyebabkan berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

"Minyak petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat-syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.

"Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk menggunakan petrol berkenaan kerana bahan bakar itu turut digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Eropah, benua Amerika dan Jepun,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak sebelum ini kononnya kejadian kebakaran kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan berpunca daripada penggunaan minyak petrol RON95. - Utusan

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca