MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol.
Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.
Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.
Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.
Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.
Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah. - AFP
Ramyeon
-
Kononnya nak makan megi je..ringan sket..tak berat sgt berbanding dengan
nak makan nasi..
sekali bila sampai... umanggg aiiii besauuuunyer mangkuk..
jen...
15 hours ago
No comments:
Post a Comment