rasanya susah nak dapat approval ni...keh3
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Kerja Agensi Pembantu Rumah hari ini memohon kerajaan membenarkan pengambilan pembantu rumah seawal usia 18 tahun berbanding 21 hingga 41 tahun yang menjadi polisi sebelum ini.
Pengerusinya Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata langkah itu mampu meningkatkan kemasukan sebanyak 30 peratus pembantu rumah, sekaligus mengatasi kekurangan 60,000 pembantu rumah yang diperlukan ketika ini.
Pengambilan pembantu rumah di peringkat usia itu lebih praktikal kerana mereka belum dibelenggu masalah seperti perkahwinan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga jawatankuasa itu yang disertai 100 agensi pembantu rumah dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur di sini Rabu.
"Kita juga mengambil ketetapan, jika perkara ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu (dari sekarang) jawatankuasa bersama 120 agensi akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bagi mendapatkan taklimat kedudukan mutakhir memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah ke negara ini," katanya.
Raja Zulkepley berkata cadangan mengenai perkara itu pernah disuarakan kepada kerajaan menerusi memorandum kepada KDN dan Jabatan Tenaga Kerja pada November tahun lepas, namun tiada sebarang maklum balas diterima sehingga kini.
Beliau berkata pihak agensi menghadapi pelbagai masalah seperti didakwa tidak profesional, selain menjadi sasaran kemarahan majikan berikutan kekurangan pembantu rumah untuk dibekalkan kepada mereka yang memerlukan.
Raja Zulkepley berkata jika cadangan yang tidak bertentangan dengan undang-undang buruh membenarkan seseorang berumur 18 tahun diambil bekerja itu diterima, masalah yang dihadapi agensi dapat diatasi, selain dapat menyelesaikan kesulitan mendapatkan pembantu oleh majikan, terutamanya wanita bekerja.
"Kita harap kerajaan dapat timbangkan permohonan ini selain memberi keutamaan kepada memuktamadkan perjanjian MoU antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah ekoran pembekuan yang diputuskan mereka sejak Jun 2009," katanya.
Beliau berkata kelewatan proses menandatangani MoU antara Malaysia dan Indonesia memberi kesan perniagaan kepada 158 agensi yang bernaung di bawah Persatuan Agensi Pekerja Asing (PAPA) dan pembekal di Indonesia.
-- BERNAMA
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
1 comment:
18 taun? ade gak amah tu larik ikut boipren nt...aku sok nak amik amah umur 40an...kompem laki aku x tergodanye..lalala :P
Post a Comment