Suspen jugak ni...muka sapala agaknya ek...ekeke
SHAH ALAM 31 Mac - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa dua wajah dikesan dalam rakaman kamera tersembunyi yang diletakkan di pejabatnya Ogos lalu.
Beliau berkata, rakaman yang diperiksa oleh seorang penyiasat persendirian dan staf kerajaan negeri menunjukkan dua orang itu sedang menukar bateri kamera.
"Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut ”Fais”,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang dewan negeri di sini hari ini.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, beliau masih perlu melihat rakaman itu tetapi mahu memberikan penyiasat itu masa yang secukupnya untuk menyiapkan siasatan.
Beliau berkata laporan polis tidak akan dibuat ketika ini oleh kerana kerajaan negeri ingin menyiasat insiden itu terlebih dulu. - Bernama
Holographic Display: The Future of Visual Technology is Already Here in 2026
-
alongxp.com – Imagine looking at a screen and seeing true three-dimensional
objects floating in mid-air — objects you can walk around, view from any
angl...
1 week ago
No comments:
Post a Comment