Thursday, March 31, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa lepasi sasaran RM6 juta

KUALA LUMPUR 31 Mac - KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac lepas.

Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata, pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.

"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram,” katanya kepada pemberita malam tadi selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”Cruz, mewakili Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Norman berkata, selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.

Beliau berkata, kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa. - Bernama

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca