kongsi dari email
Assalamu'alaikum .
   Petikan dari kitab karangan Imam Al Ghazali sebagai panduan utk mengelak
   sikap takabur atau sombong diri:
   1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu
   lebih mulia dari kita.  Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan
   dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
   2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu
   lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
   3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim,  anggaplah beliau lebih mulia
   dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau
   mengetahuinya.
   4. Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri
   mulia atau lebih baik daripadanya, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan
   atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan
   kita mengetahuinya.
   5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa
   diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang
   jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
   perbuatannya.  Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita
   akhirnya.
   6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si
   kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang
   keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam
   kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah
   Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu
   lagi.
 
   Wassalam.
Farhanah Catering-Eco Majestic
                      -
                    
*Hujung minggu ajak husband makan malam kat Farhanah Catering sekali lagi. *
*Tekak ni asyik laa duk teringat kat sambal nasi lemak udang goreng.. huhu*
*m...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment