Tuesday, March 22, 2011

Nazri: Tiada yang tonton 'video lucah' di parlimen

Tidak ada sesiapa yang menonton 'video lucah' yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di parlimen, semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Katanya, beberapa ahli parlimen cuba 'mencari video' berkenaan melalui internet tetapi menegaskan tidak ada seseorangpun yang berjaya menjumpai video tersebut sehingga sekarang.

“Saya ada di sana. Saya tanya apa yang mereka sedang lakukan? Mereka memberitahu sedang mencari video itu tetapi tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjumpainya,” katanya semasa diwawancara di pejabatnya di parlimen.

“Malah sehingga jam 9.30 malam, ketika saya berjalan di parlimen, tiada sesiapa yang jumpainya... Saya fikir ini dilaporkan dengan salah,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa sekumpulan ahli parlimen menonton 'pita lucah' itu pada komputer riba di kawasan merokok, lobi parlimen.

Komputer riba itu bagaimanapun didakwa dirampas apabila berita tersebar mengatakan video berkenaan sedang dipertontonkan di parlimen.

Tidak salah

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

baca lagi kat sini

Aku jadi marah pulak baca berita ni...ku harap malaysiakini tersalah petik la eh...tapi aku betul2 geram ni...rasa nak maki je ni...

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca