Friday, April 15, 2011

Anwar Ulas Kenyataan Raja Petra minggu depan

Untuk yang ini...aku sokong DSAI...
Anwar Akan Hanya Jelaskan Kenyataan Raja Petra Selepas Pilihan Raya Sarawak

KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan melayan sebarang soalan berhubung kenyataan dan dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin terutamanya mengenai kredibilitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, beliau tidak mahu rakyat khususnya pengundi di Sarawak hilang fokus mengenai tanggubjawab mereka untuk memilih kepimpinan dan kerajaan negeri yang baru esok.

"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan di Sarawak supaya fokus kepada pilihan raya dan kepimpinan di Sarawak.

"Bagi mereka (rakyat) peluang kerana lagi sehari rakyat Sarawak nak tentukan pimpinan Sarawak," katanya di sini, Jumaat.

Bagaimanapun Anwar berkata, beliau hanya bersedia untuk 'membincangkan' mengenai tuduhan dan dakwaan Raja Petra terhadapnya pada Ahad ini.

"Lusa boleh bincang tentang kepimpinan Anwar. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan.

"Bukan saya nak elak, kalau nak bincang boleh, tapi 17 haribulan (Ahad). Lepas itu boleh teruskan serangan terhadap Anwar," katanya sinis.

Sebelum itu Anwar diminta mengulas mengenai pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh Raja Petra pada Rabu yang disiarkan TV3 berhubung pengakuannya iaitu beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Malah menerusi temubual bahagian kedua, Raja Petra turut mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang.=Mstar

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca