Friday, April 15, 2011

Rumah panjang S’wak dapat set televisyen, Astro

Hik hik...dorang akan pasang package ape ek...dptle tgk maharaja lawak kalau ada ek...

Datuk Joseph Salang Gandum berkata kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak.Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

“Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

“Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri,” katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Terdahulu, ketika mengunjungi rumah panjang Rh. Kubu anak Sandom di Nanga Tada dekat Sibu, beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk luar bandar di negara ini.

“Atas alasan ini, beliau berhak mendapat sokongan padu kita untuk membolehkan beliau meneruskan usaha murni ini.

“Di Sarawak kita dapat melihat beliau mengumumkan banyak projek infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar sejak akhir-akhir ini. Ini merupakan satu daripada petunjuk yang besar,” katanya.

Mengenai permohonan mendapatkan lebih banyak projek kampung Wi-Fi, Salang berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, ketika melancarkan projek kampung Wi-Fi Nanga Machan di Kanowit pada Isnin lalu, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan 600 kampung seumpama itu di seluruh negeri dalam tempoh setahun mulai sekarang.

- Bernama

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca