KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.
"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Beliau yang ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.
"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.
Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa buah gerai di Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ.
-- BERNAMA
The Salt March of 1930: Gandhi’s Peaceful Revolution That Shook an Empire
-
In 1930, Mohandas K. Gandhi launched one of the most powerful nonviolent
protests in modern history—the Salt March. Lasting 24 days and covering
over 240...
1 day ago
No comments:
Post a Comment