Sunday, April 24, 2011

Pelajar lelaki lembut

Pelajar lelaki lembut: Program untuk tingkat keyakinan pelajar

KUALA TERENGGANU 24 April - Program Pembangunan Personaliti Pelajar yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu adalah bertujuan meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar lelaki yang menghadapi masalah krisis identiti diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jabatan berkenaan telah mengambil sikap proaktif dengan mengadakan program tersebut yang melibatkan 66 pelajar lelaki di Besut minggu lepas.

"Ia satu inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu dalam melaksanakan saranan Kementerian Pelajaran yang mahukan pihak sekolah memberi penekanan kepada empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (Jeri) pelajar.

"Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil langkah awal melaksanakan konsep itu dengan mengenal pasti pelajar lelaki yang tidak aktif berpersatuan, badan beruniform, sukan dan apa juga aktiviti kokurikulum mengikuti program pembangunan personaliti pelajar itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan kem bina semangat kepada pelajar ”lelaki lembut”. - Bernama

1 comment:

Cik SHiNJU said...

Sangat bagus pendekatan ni...
Dorg mmg perlu dibantu dan dibimbing..Bukannya dihina dan disisihkan..

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca