Friday, April 15, 2011

Video seks: 7 soalan yang perlu dijawab

Berikut beberapa perkara yang mencurigakan berhubung pita video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

1) Catatan masa di vedeo: Sekejap ada, sekejap tiada

Apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendalangi kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai ‘Datuk T’ menayangkan video berkenaan kepada Malaysiakini Hazlan Zakaria di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac, beliau menarik perhatian wartawan berhubung catatan masa yang dirakamkan pada video berkenaan.

"Sila perhatikan tarikh dan juga kod masa,” kata Eskay (kanan) sambil menegaskan tarikh rakaman adalah pada 21/2/2011 dan kod masa video adalah 22:23.

Apabila versi yang disunting selama dua minit itu disiarkan di YouTube minggu lalu, kod masa telah ditampal dengan perkataan bahasa Thai yang berbunyi, "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011".

Eskay agak berhati-hati dan mendakwa hanya beliau mempunyai satu-satunya rakaman video itu. Malah, wartawan yang dijemput menonton tayangan video berkenaan juga diminta meninggalkan telefon bimbit, pen dan buku nota di luar bilik. Mereka juga dikehendaki memakai jaket khas sehingga paras lutut.

Soalan No 1: Jika Eskay hanya mempunyai hanya salinan klip video itu yang kemudiannya diserahkan kepada polis, siapa yang membocorkan video yang telah disunting kepada YouTube? Dan kenapa ada perkataan bahasa Thai pada rakaman itu bagi menutup kod masa rakaman.

2) Buatan Malaysia atau Thailand?

"Video ini dirakamkan di sebuah spa di KL," kata Eskay, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Langkawi kepada Hazlan.

Sebaik Eskay disiasat oleh polis, terdapat laporan mereka telah mengunjungi beberapa tempat sekitar Ampang bagi mencari bukti.

Wartawan Malaysiakini juga menunggu sehari suntuk di sebuah apartmen selepas diberitahu polis mungkin mengunjungi lokasi itu tetapi gagal merakamkan sebarang aksi.

Pihak polis bagaimanapun memaklumkan mereka telah menyiasat di tempat di mana video berkenaan dikatakan dirakamkan.

Walaupun polis agak liberal dengan maklumat siasatan video seks itu dan mengatakan video berkenaan adalah ‘tulen’ dan mereka sedang mencari pemilik jam Omega - tetapi polis membisu mengenai tempat video seks itu dirakamkan.

Visual berkenaan tidak mempunyai audio dan tidak diketahui jika tiga orang yang dirakamkan dalam tersebut bertutur dalam bahasa asing.

Yang menarik, Eskay mendakwa beliau dan Anwar telah melawat Thailand beberapa kali dan menuntut ketua pembangkang itu mendedahkan semua lawatan berkenaan.

Soalan No 2: Adakah video itu dirakamkan di Malaysia ataupun tempat lain?

3) Stamina lelaki 63 tahun

Eskay tegas mengatakan aksi seks itu dirakam pada 21 Februari 2011. Pada hari berkenaan, Anwar Ibrahim menghabiskan masa sepanjang hari menghadiri perbicaraan mahkamah kes dakwaan liwat - dari jam 8.35 pagi hingga 4.15 petang.

Mengikut catatan masa di video yang ditunjukkan oleh Eskay, aksi seks berlaku pada 10.23 malam hari berkenaan dan berlangsung selama 17 minit.

Menurut wartawan Malaysiakini, Hazlan - antara wartawan terpilih yang menyaksikan video berkenaan - pasangan itu terbabit dengan pelbagai aksi. Bermula dengan wanita itu di atas diikuti beberapa aksi lain di bahagian-bahagian tertentu katil.

Dipercayai lelaki itu ‘sampai kemuncaknya’ sebanyak dua kali tetapi ini tidak dapat dipastikan.

Soalan No 3: Mampukah lelaki berusia 63 tahun dan pernah menjalani rawatan sakit tulang belakang mampu melakukan aksi seks ganas, lebih-lebih lagi dengan kedudukan wanita di atasnya?

baca lagi

2 comments:

Cik SHiNJU said...

Tak sabor tggu pendedahan seterusnya...

Mario said...

tulaa...tp kn tunggu pru kot baru didedahkan...ekeke

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca