E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JOHOR BAHRU: “Faiz mengalami 11 masalah kesihatan termasuk empat penyakit kronik dan hospital kini umpama rumah pertama kami,” kata Nor Azifa Othman, 26 di sini, semalam.
Anak bongsunya, Muhammad Faiz Irfan Mohammad Fauzi, setahun, menderita saluran jantung berlubang, paru-paru berair, leukimia, pendarahan otak dan pelbagai lagi.
Pada masa sama, Faiz turut mengalami kecacatan di mana dia tidak mempunyai cuping telinga kanan.
Keadaan kesihatan anak kecil itu menyebabkan Azifa dan suaminya, Mohd Fauzi Harun, 36, hidup dalam kebimbangan terutama ketika Faiz sesak nafas.
“Ada kalanya kami merayu pada doktor supaya memasukkan Faiz ke wad kerana tidak sanggup berulang ke hospital memandangkan ia bukan saja membuang masa, malah membabitkan kos perjalanan.
“Namun, sekiranya keadaan Faiz bertambah baik, kami diminta untuk membawa pulangnya ke rumah di Kampung Sinaran Kempas,” katanya.
Akibat sering mengambil cuti kecemasan dan sebagainya, Mohd Fauzi pula hilang pekerjaan di sebuah kilang dan ia menambah beban keluarga berkenaan.
Menurut suri rumah sepenuh masa itu, Faiz juga pernah diserang sawan hingga koma tiga hari pada Mei lalu selain dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama lebih lima hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA) minggu lalu berikutan sesak nafas.
Keadaan kesihatannya semakin kritikal dari sehari ke sehari dan akibatnya, Faiz tidak berupaya untuk berjalan mahupun menggerakkan anggota badannya secara normal menyebabkan dia sentiasa dalam keadaan tidak bermaya dan terlantar. Doktor pula menasihatkan keluarga berkenaan mendapatkan tong dan mesin membekal oksigen mudah alih untuk kegunaan Faiz di rumah kerana ia boleh menjimatkan kos perjalanan ke HSA.
“Bagaimanapun, kami tidak mampu menanggung kosnya yang mencecah RM5,000 memandangkan kami tidak bekerja, manakala anggota keluarga lain pula bukan orang senang.
“Bantuan kewangan dihulur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya mampu menampung kos perubatan Faiz dan kami berharap ada pihak sudi tampil membantu membolehkan Faiz menjalani kehidupan selesa,” katanya.
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment