Lebih mengaibkan, penceroboh menggunakan akaun laman sosial guru berkenaan dan memaparkan komen di laman peribadi guru itu termasuk membuat pengakuan pernah meraba punggung pelajar lelaki dan perempuan selain fitnah lain yang mencemar maruahnya.
Isnin lalu,  sebuah akhbar berbahasa Cina memaparkan komen yang terdapat pada  Facebook guru berkenaan serta mendapatkan kenyataan guru berkenaan  mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, guru berkenaan, Lim Beng Lee, 42, yang mengajar di Sekolah Menengah Poi Lam (Suwa) menafikan perkara itu dengan mendakwa akaun Facebooknya diceroboh dan penceroboh turut memalukannya dengan memaparkan komen berunsur fitnah.
Menurutnya, dia kesal  dengan laporan akhbar berbahasa Cina berkenaan kerana mendakwa dia  mengakui terbabit dalam semua fitnah dipaparkan dalam laman peribadi itu  hingga mencemarkan maruahnya termasuk pihak pentadbiran sekolahnya.
 Katanya, pada mulanya dia marah dengan paparan berita itu kerana  tersebar ke seluruh negara, namun akhbar berkenaan sudah memperbetulkan  kesilapan itu Selasa lalu.
 “Saya mengakui tersilap kerana membiarkan akaun berkenaan tanpa  mendaftar keluar terlebih dulu menyebabkan penceroboh memasukinya,”  katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Pengetua Suwa, Leon Ping Chow, 54, berkata, gara-gara fitnah membabitkan gurunya itu, imej sekolah berkenaan tercalar, malah ada sebahagian ibu bapa pelajar yang mahu menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana bimbang fitnah terbabit.
   “Ketika ini, kami tetap menyokong Beng Lee bagi menghadapi fitnah yang  tersebar itu dan mengembalikan keyakinannya,” katanya.
 Semalam, hampir 30 orang termasuk pelajar dan wakil Persatuan Ibu Bapa  dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar hadir pada majlis pertemuan khas  bagi menjelaskan kekeliruan dan fitnah itu selain memberi sokongan  kepada guru berkenaan. sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Gurudifitnahpencerobohfb/Article
No comments:
Post a Comment