SHAH ALAM: Syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd telah berjaya mengumpul RM12 juta menerusi karaktor Upin & Ipin sepanjang tahun 2009 dan 2010.
Menurut Pengarah Urusannya Burhanuddin Mohd Radzi, jenama Upin Ipin berjaya dikembangkan daripada pelbagai sudut termasuklah pembelian siri dan filem Geng: Pengembaraan Bermula daripada beberapa buah negara.
"Sebenarnya amaun itu dilihat sedikit kerana hasil yang diperoleh itu sebagai duit pusingan untuk penghasilan produk Upin Ipin.
"Alhamdulillah jenama Upin & Ipin ini membuatkan Les'Qopaque turut menerima anugerah 'Brand Leadership Award' pada 24 November lalu.
"Hasil jumlah wang itu diperoleh menerusi filem dan siri Upin & Ipin yang dibeli oleh stesen Disney Channel di luar negara seperti India, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara Asia yang lain.
"Kemudian, pihak kami juga mengeluarkan produk barangan kanak-kanak menggunakan jenama animasi ini," katanya pada pelancaran lagu Sahabat Selamanya bersama kumpulan Padi di sini, Isnin.
Tambah Burhanuddin, dia juga kini sedang merancang untuk membina sebuah Taman Tema yang berunsurkan Upin & Ipin pula di Sepang dengan kerjasama syarikat GLC negara.
Sementara itu, lagu Sahabat Selamanya yang dinyanyikan oleh kumpulan Padi itu, dihasilkan untuk menjernihkan ketegangan yang dilanda oleh Malaysia dan Indonesia.
Kebetulan pula Upin & Ipin juga popular di negara jiran, usaha tersebut adalah salah satu cara yang dibuat oleh pihak Les'Copaque dan syarikat rakaman Sony Music, menggunakan animasi tersebut sebagai perantara meleraikan masalah yang dialami kedua-dua negara ini.
Menurut vokalis Padi, Fadly, dia gembira kerana diberi peluang menghasilkan lagu tersebut dan lagu Sahabat Selamanya adalah lagu paling cepat disiapkan iaitu selama 10 hari sahaja berbanding lagu-lagu Padi yang lain.
"Bayangkan bila anak saya tahu yang Padi akan menghasilkan sebuah lagu untuk Upin & Ipin mereka semua tidak sabar untuk mendengar lagu itu. Hari-hari mereka tanya, bila nak siap lagu itu.
"Alhamdulillah, di Indonesia lagu itu mendapat tempat ke 20 menerusi Ring Back Tone (RBT) dan kanak-kanak di sana juga menggemari lagu tersebut.
"Jika dahulu kami mempunyai ramai peminat remaja, kini kami juga mendapat peminat dari golongan dewasa dan kanak-kanak.
"Saya percaya, lagu ini pasti sedikit sebanyak dapat melembutkan hati masyarakat kedua-dua belah negara," katanya.
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment