KITA sudahpun berada dalam bulan 12. Tak sampai sebulan, akan muncul pula 2011. Ketika inilah ramai yang hendak bersantai kerana musim cuti penggal bagi sekolah. Bagi yang suka berjimat, akan melancong dalam negara dan bagi yang ada duit lebih, akan terbang melintas benua.
Kalau nak bawa anak tengok wayang pun, kena intai juga filem yang sesuai. Kita memang ada Ngangkung yang sedang meletup ketika ini tetapi ia lebih menjurus kepada penonton dewasa dan dilabelkan PG13, bermakna perlu pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Kita juga ada Harry Potter tapi saya lihat Daniel Radcliffe dan geng Hogwartsnya pun dah makin besar panjang. Malah ada babak Radcliffe dapat lesen untuk tanggal baju, seluar dan hanya tinggal 'boxer'. Apa nak dihairankan kerana aktor comel itu dah berbogel dalam teater Equus dengan cerita budak lelaki bernafsu pelik. Jadi setakat buka baju, saya kira ia benda 'kacang' buat Radcliffe.
Sekarang juga sekuel terbaru bagi The Chronicles of Narnia sedang ditayangkan. Saya tak berani cakap lebih sebab belum tonton lagi. Dalam sehari dua ini akan tengoklah nanti. Mungkin cerita pengembaraan begini sesuai untuk semua lapisan usia.
Apa yang ingin saya cakap di sini, filem yang sering dihasilkan di negara kita memang lebih disasarkan untuk golongan dewasa kerana merekalah golongan yang ada 'power purchase', boleh berfikir dengan matang dan mampu mencerna mesej.
Cuma tidak salah kalau kita perbanyakkan lagi filem yang boleh ditonton seisi keluarga yang kisahnya menceritakan mengenai suka-duka, keberanian, kenakalan mahupun kebijaksanaan kanak-kanak dan remaja.
Lalu dalam konteks ini, filem seperti Aku Tak Bodoh lakonan Amy Mastura dan bintang remaja baru, Ariel Zafrel boleh dicadangkan sebagai filem yang sesuai untuk tontonan keluarga selain animasi Rapunzel The Tangled Tale dan Megamind dari Hollywood.

Sebenarnya, saya memuji usaha MIG yang pernah cuba menerbitkan filem seperti Tentang Bulan, Syurga Cinta dan Brainscan. Ia dapat menonjolkan lagi bakat terpendam di kalangan kanak-kanak. Begitu juga Syurga Cinta lakonan Adik Hadziq yang menang anugerah dalam Festival Filem Malaysia.
Paling terbaru, filem Magika yang menyerlahkan lagi bakat Fimie Don. Magika adalah langkah positif dan kreatif ke arah filem bercorak hiburan untuk semua lapisan usia walaupun saya rasa langkah pertama Edry itu boleh diperbaiki lagi selepas kejayaan abangnya, Yusry melalui Cicak-Man.
Saya sebenarnya masih menunggu filem animasi Upin & Ipin yang terbaru daripada Les Copaque. Saya sedar bukan kerja mudah untuk buat karya animasi yang bermutu kerana ia kerja remeh dan perlukan ketelitian.
Bagi saya Upin & Ipin mula mencipta magika, malah sedang menjadi kegilaan hingga ke Indonesia. Kalau pengaruh Upin & Ipin tidak kuat, masakan band popular Indon, Padi merakamkan lagu Sahabat Selamanya buat mereka. Tengoklah sendiri videonya di YouTube.
Saya melihat dua karakter dan maskot kartun Melayu itu boleh pergi sangat jauh. Kita jangan cakap lagi mengenai Hollywood tetapi kalau setakat Doraemon dari Jepun, kita boleh kejar bila-bila masa kalau kita ligatkan lagi promosi Upin & Ipin.
Malah saya dapat membayangkan apabila pesawat mendarat di KLIA atau mana-mana lapangan terbang antarabangsa kita, wajah Upin & Ipin tersenyum riang di papan billboard dan menyapa: 'Selamat Datang atau Welcome to Malaysia!' atau mungkin juga mengucapkan: 'Selamat Jalan, Ta Ta atau Bon Voyage!' Mesti comel dan 'molek sokmo' bukan? Bagi saya kalau menggunakan karakter kartun, ia lebih selamat berbanding wajah manusia yang kadangkala terjebak dengan kontroversi dan skandal.
Dalam hal ini, syarikat penerbangan seperti AirAsia boleh juga membantu Upin & Ipin dengan meletakkan wajah mereka pada pesawat yang terbang ke destinasi antarabangsa kerana ia dapat memberikan impak yang hebat dan pantas. Percayalah.
Bagi menyokong misi ini, Kementerian Pelancongan dan badan berkaitan harus lebih proaktif agar kita dapat menonjolkan identiti Malaysia melalui karakter yang sedia komersial dan punya potensi besar bagi menaikkan nama Malaysia. Kalau kita sendiri tidak buat, siapa lagi? sumber
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
1 comment:
jhiayo jhiayo malaysia ^^
Post a Comment