Belum pun ditayangkan, Aku Masih Dara, arahan Ahmad Idham, sudah mencipta kontroversi. Ini kerana terdapat beberapa dialog yang agak sensitif dan boleh mengundang prejudis terhadap segelintir pihak.
Paling ketara, apabila ada babak yang mengaitkan isu love bite dan bertudung. Diana Amir menerusi watak Hani dengan selamba berkata, kebanyakan remaja sekarang memakai tudung untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.
Secara ironi, isu itu pastinya akan menyentuh sensitiviti wanita yang bertudung, apatah lagi ia melibatkan pegangan agama. Bagaimanapun, bagi Idham, babak itu seharusnya dilihat secara positif kerana ia adalah realiti kehidupan remaja sekarang.
Jelas Idham, dari sudut mesej dan pengajaran, babak itu sebenarnya mengingatkan remaja supaya jangan menggunakan tudung untuk menutup kesilapan mereka.
“Saya buat filem ini berdasarkan research. Kalau anda tak percaya, anda pun boleh mengkaji perkara ini dengan mendekati golongan ini. Kalau tidak pun, layarilah laman sosial atau Facebook mereka. Kebanyakan dialog yang saya gunakan pun dari golongan ini sendiri.
“Saya sedar, apa yang saya buat ini akan mengguris hati segelintir pihak, namun sebagai film maker, saya harus ketepikan perkara ini. Saya tidak mahu kelirukan penonton. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, inilah yang harus saya paparkan,” kata Idham yang ditemui selepas pratonton Aku Masih Dara di e@curve, Damansara Utama.
Pengarah prolifik ini juga tidak menafikan, pemilihan tajuk yang berbaur kontroversi seperti Aku Masih Dara sebagai strategi untuk menarik penonton ke pawagam.
Sesuai dengan judulnya, Aku Masih Dara mengisahkan kehidupan remaja zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi dengan pergaulan bebas, seks rambang, parti liar dan penyalahgunaan dadah.
“Saya dapat idea untuk menghasilkan filem ini pun setelah saya berkunjung ke sebuah kelab hiburan dan ketika itu saya terkejut melihat remaja sekarang yang begitu berani menari di celah-celah tiang dengan pakaian yang sangat dahsyat. Paling sedih bila memikirkan mereka inilah kaum Melayu.
“Atas rasa tanggungjawab sosial, saya harus menghasilkan filem sebegini untuk menyedarkan mereka. Dalam filem ini, saya turut menyelitkan elemen dakwah, tetapi tidak terlalu berat agar dapat diterima remaja sekarang,” jelas Idham.
Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat, Aleesya (Yana Shamsudin), Hani (Diana Amir) dan Sofea (Raja Farah) yang gemar berparti. Walaupun dari latar keluarga yang berbeza, namun hubungan mereka sangat akrab sehinggalah kehadiran sepupu Aleesya, Firdaus (Ashraf Muslim).
Sikap Firdaus yang warak membuatkan Sofea tersedar daripada dunia keseronokan dan berubah menjadi wanita muslimah. Namun ia tidak disukai oleh Aleesya dan Hani. Mereka menganggap Sofea hanya berpura-pura dan hanya mahu mengambil kesempatan ke atas Firdaus.
Sepanjang Sofea mendalami ilmu agama, Aleesya mula semakin berani dan mengikut Hani ke sebuah parti liar. Di situ jugalah dia kehilangan ‘mahkota' kepada Zachery (Farid Kamil), pengedar dadah.
Kerana rasa bersalah kepada orang tuanya, Alessya nekad untuk berkahwin dengan Firdaus demi menutup keaibannya. Ketika itu juga dia meminta agar Sofea meninggalkan Firdaus.
Ingin tahu apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan Aku Masih Dara di pawagam bermula 16 Disember ini.sumber sinar harian
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment