2010/12/08
KOTA BHARU: Khabar angin kononnya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini tenat di hospital adalah tidak benar dan beliau hanya mengalami sakit di bahagian pinggang, kata anak keduanya, Nik Omar.
"Ayahanda saya sihat, Alhamdulillah...kesan balik Makkah menunaikan haji ayahanda mengadu sakit di bahagian pinggang sahaja.
"Alhamdulillah (beliau) boleh ke masjid dan solat berjemaah (tetapi) dalam keadaan duduk," katanya kepada pemberita di rumah Menteri Besar itu di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Aziz, bagaimanapun, tidak menemui pemberita kerana sedang diurut.
Pada 12 tengah hari, beliau dibawa ke Hospital Pakar Perdana di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mursyidul Am PAS itu sempat menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar ketika berada dalam kenderaan yang membawanya itu.
Beberapa blog sejak semalam melaporkan bahawa Nik Aziz tenat dan dimasukkan ke sebuah hospital di sini untuk rawatan.
Ia kerana beliau tidak hadir pada beberapa upacara rasmi, terbaru malam tadi, bagi merasmikan pengisytiharan Majlis Daerah Ketereh sebagai Majlis Perbandaran Islam.
Nik Omar berkata, masalah kesihatan ayahnya sebenarnya juga tidak mengganggu urusan kerajaan negeri.
"Kalau bercuti pun ayahanda tetap ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugasnya," katanya.
Nik Omar berkata, sebagai anak beliau lebih mengetahui masalah kesihatan yang berlaku terhadap bapanya itu.
"Tak perlu sampai nak menerima rawatan di hospital sebelum ini. Kalau demam tu lainlah dan ini cuma sakit orang tua. Dan mengenai blog yang mendakwa ayahanda sakit tenat itu sayapun tak baca lagi," katanya.
Nik Aziz, 79, menjadi Menteri Besar sejak 1990 dan pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara beberapa tahun lalu. - BERNAMA
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment