BERGELAR pelakon dan membawa pelbagai watak memberikan cabaran besar.
Paling menarik perhatian apabila ia berupa watak antagonis atau perilaku negatif.
Nyata, pengalaman yang dilalui pelakon Norliana Samsudin atau Yana menerusi filem terbaru lakonannya, Aku Masih Dara dianggap paling mencabar.
Filem terbitan MIG Production Sdn Bhd arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri itu menyaksikan Yana berani berpakaian seksi dengan mengenakan skirt pendek, baju tidur dan berkemban.
Kata pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) ini, lakonan kali ini dianggap paling sukar kerana dia tidak pernah beraksi seksi keterlaluan di depan kamera.
"Memang diikutkan saya risau impak watak sebegitu yang mungkin akan membuatkan penonton mula benci terhadap saya. "Bagaimanapun karakter yang dipandang serong itu saya anggap sebagai satu cabaran baru buat diri saya. Ketika mula membaca skrip lalu, saya percaya filem ini memberi peluang kepada saya untuk pelbagaikan lagi corak lakonan.

"Bagi menggambarkan karakter sebagai anak manja dan seksi, saya juga berbincang dengan pengarah. "Saya juga rasa keluarga saya mungkin akan segan apabila melihat lakonan saya kali ini, tapi saya percaya pada masa sama, mereka tetap faham dengan tugas sebagai pelakon," katanya yang pernah membawa watak lesbian dalam Histeria.
Menerusi filem ini yang dipertontonkan kepada pihak media di ibu negara, Selasa lalu, Yana melakonkan watak Aleesya berkawan rapat dengan Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir). Mereka adalah rakan karib dari latar belakang keluarga berbeza, tetapi sering membuang masa bersama di disko dan kelab malam.
Namun, kehadiran Firdaus (Ashraf Muslim) yang juga sepupu Aleesya berusaha mengubah kehidupan tiga rakan ini hingga berlaku kejadian tragis membabitkan seorang pengedar dadah.
Membawa mesej nasihat buat penonton menerusi pendekatan dakwah lakonan Firdaus, Yana percaya mesej ini akan sampai kepada penonton sekalipun penyampaiannya dibuat dengan cara yang tidak terlalu berat.
Bagi Ashraf, 29, pertama kali berlakon filem memberi pengalaman berbeza buat dirinya walaupun pernah membawakan karakter yang hampir sama menerusi drama Puaka Niyang Rapik sebagai Ustaz Amirul.
"Filem memberi persekitaran yang berbeza apatah lagi lakonan perlu diasah dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. "Watak kali ini juga tidak digambarkan terlalu warak seperti Ustaz Amirul. "Saya sendiri tidak mempunyai masalah untuk bawa karakter yang sama menerusi medium tayangan yang berbeza. Jika lakonan saya diterima, saya akan rasa puas hati.
"Saya sebenarnya banyak belajar apabila membawa watak lelaki dakwah. Sebagai pelakon, saya tidak semestinya terikat dengan watak sebegitu semata-mata dan berharap akan dapat memegang peranan lain pula selepas ini," katanya.
Ahmad Idham pula berkata, judul yang 'catchy' menjadi antara strategi penting bagi menarik minat penonton ke pawagam. Begitu juga kutipan tiket pada minggu pertama yang sememangnya penting dalam memberi petanda mengenai sambutan peminat di pawagam.
"Idea filem ini tercetus dari pertembungan ideologi menjurus kepada tiga remaja berbeza latar belakang keluarga dan berkongsi pemikiran mereka terhadap pentingnya menjaga 'dara'.
"Adegan gadis bersosial di kelab malam mungkin dianggap klise, tetapi ia adalah permulaan cerita. Apa yang ingin ditekankan, bagaimana permainan dialog dan penyampaian mesej dakwah itu disampaikan.
"Saya sendiri tidak mahu penyampaian dakwah secara langsung. Bagi Ashraf, saya melihat dia mempunyai bakat melakonkan watak kali ini sejak menjadi Ustaz Amirul.
"Sejak filem Syurga Cinta, saya berusaha menyampaikan mesej dakwah hingga filem kali ini. Kalau boleh, selepas ini saya ingin membawa kisah dakwah lebih mendalam mungkin watak dari sekolah pondok pula.
"Apa yang saya harapkan agar filem ini dapat membentuk akhlak remaja ke arah pendekatan agama dalam dunia kontemporari," katanya.
Filem ini akan turut dibintangi Farid Kamil ini akan mula ditayang pada 16 Disember ini.
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment