AMPANG: Akibat malu seluarnya dikoyak di depan majikan lelaki, seorang pembantu rumah membuat laporan polis selepas mendakwa perbuatan itu menjatuhkan air mukanya dalam kejadian di sebuah rumah di Hulu Klang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an turut dipukul dengan tangan oleh isteri majikannya itu hingga menyebabkan bahu dan dahinya cedera.
Menurut sumber polis, kejadian itu berpunca daripada kehilangan seutas gelang kaki emas milik anak majikannya yang diletakkan di atas almari dalam sebuah bilik di rumah itu.
“Majikan terbabit mendesak dan bertanyakan mangsa sama ada dia mengambil gelang emas itu, namun dinafikan mangsa.
“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, ternyata mangsa mencuri gelang emas itu dan ini menimbulkan kemarahan majikan terbabit,” katanya.
Menurutnya, majikannya memukul untuk memberikan pengajaran kepada mangsa, namun perbuatan seluarnya dikoyakkan di depan suami majikannya itu memalukan mangsa.
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

“Mangsa yang malu dengan kejadian itu membuat laporan polis.
“Bagaimanapun, siasatan polis mendapati mangsa mencuri gelang emas milik anak majikannya, namun majikan terbabit enggan membuat laporan kerana dia sudah memulangkan barang kemas itu,” katanya.
“Mangsa kini ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat pembantu rumah itu.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kami sudah memanggil majikannya untuk diambil keterangan,” katanya.
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment