MELAKA 3 Dis. - Melaka sudah mempunyai dasar yang membolehkan pemilik tanah berstatus pajakan memohon untuk memperbaharui tempoh pegangan pajakan 99 tahun lebih awal sebelum tamat tempoh pajakan sedia ada.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dasar yang diperkenalkan tujuh tahun lepas itu membolehkan pemilik memohon untuk melanjutkan tempoh pajakan walaupun baki pajakan asal masih panjang umpamanya mempunyai 30 tahun lagi.
"Dulu kita tunggu sampai tinggal dua tahun atau setahun daripada baki pajakan sedia ada, baru pemilik boleh mohon untuk melanjutkan tempoh pajakan sehingga 99 tahun," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lepas bahawa kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan yang bercadang memohon pembaharuan atau pelanjutan tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tempoh pegangan tersebut luput.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, pelaksanaan dasar itu akan dapat memenuhi kehendak rakyat yang sebelum ini bimbang akan kehilangan tanah mereka.
Bagaimanapun pegangan baru itu hanya akan dibenarkan sekiranya tanah itu tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam dan ia terbuka kepada tanah pajakan kategori bangunan atau perusahaan atau pertanian.
Mohd. Ali berkata, pengumuman Muhyiddin itu adalah untuk diselaraskan pelaksanaannya di semua negeri dan bagi kemudahan pemilik tanah berstatus pajakan. - Bernama
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment