hehe...apa jadah ni pun nak buat n3 pun aku tak tau...
MASIH gagah meneroka dunia muzik, rapper kontroversi, Eminem berjaya memperoleh 10 pencalonan untuk Grammy Awards dan bakal menghadapi saingan dua pencabar terdekat, Lady Gaga dan Jay-Z.
Eminem yang muncul dengan album Recovery bukan saja berjaya memboloskan diri untuk kategori Album Terbaik bahkan dia bersama pasangan duetnya, Rihanna sedang meledak dengan lagu Love The Way You Lie, turut tercalon untuk kategori Lagu Terbaik.
Satu lagi kategori yang membanggakan penyanyi kelahiran Hawaii, Amerika Syarikat ini ialah apabila namanya disenarai pendek dalam kategori, Vokal Pop Lelaki Terbaik.
“Saya melalui proses yang sukar dan memenatkan untuk menghasilkan album ini, tetapi puas dengan apa yang dihasilkan apatah lagi menerima maklum balas begitu baik dari peminat dan pendengar.
“Justeru, pencalonan ini satu penghargaan buat semua yang terbabit dan lebih daripada itu saya mahu album ini menjadi inspirasi kepada masyarakat dunia,” ujar Eminem.
Calon lain yang turut menyerlah dalam majlis penganugerahan yang bakal dilangsungkan pada 13 Februari depan itu adalah Jay-Z, suami kepada diva terkenal Beyonce Knowles.
Artis lain adalah Lady Gaga dan Lady Antebellum apabila masing-masing tercalon menerusi enam kategori.
Katy Perry yang diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan menerusi lagu California Girls, juga akan bersaing dalam kategori Album Terbaik bersama-sama Lady Gaga, Arcade Fire dan Lady Antebellum.
Kategori Penyanyi Baru Terbaik menyaksikan persaingan antara bintang dari Kanada, Justin Beiber, Florence & The Machine, Drake, Mumford & Sons dan Esperanza Spalding.
Bagaimanapun, Bieber yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Baby, dilihat bakal mendominasi kategori berkenaan ekoran ‘demam’ yang dicetuskan dia yang juga anak didik Usher.
“Saya memang mahu menjadi seorang bintang terkenal, tapi tidak menyangka akan secepat ini dan diiktiraf dalam sebuah penganugerahan muzik yang cukup penting bagi penggiat seni. Ia sesuatu yang amat membanggakan,” katanya.
Seperti biasa, majlis tahunan mengiktiraf pelbagai genre muzik seperti pop, rap, R&B, jazz, folk, rock dan country.
Beberapa pencalonan kurang mendapat perhatian namun menyaksikan persaingan hebat apabila Barry Manilow dan Johnny Mathis bersaing di dalam kategori Album Vokal Pop Tradisional Terbaik dan Susan Boyle untuk Vokal Pop Terbaik.
Manakala Robin Williams menjadi antara lima yang tercalon di dalam kategori Album Komedi Terbaik. Robin mempertaruhkan Weapons of Self Destruction.
Penyanyi Better Man ini bakal bersaing dengan Margaret Cho menerusi album Cho Dependent; Flight of The Conchords (I Told You I Was Freaky); Kathy Griffin (Kathy Griffin Does The Bible Belt) dan Lewis Black (Stark Raving Black).
Bagaimana Menarik Anak-Anak Mempelajari Sejarah
-
Menarik minat anak-anak untuk mempelajari sejarah memerlukan pendekatan
kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan sejarah...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment