Wednesday, December 1, 2010

Tiga lagi kematian akibat denggi, menjadikan 128 kes

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan iaitu masing-masing satu di Johor, Pulau Pinang dan Sarawak, dalam tempoh dari 21 hingga 27 November lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Menurutnya, kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun dari Georgetown manakala kes kedua membabitkan seorang lagi lelaki penjaga stor berumur 22 tahun dari Johor Baharu, dan kes ketiga seorang wanita berusia 43 tahun dari Sibu yang merupakan penjaja di pasar tani.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, bilangan kematian akibat denggi tahun ini sehingga 29 November lepas meningkat kepada 128 kematian berbanding 78 dalam tempoh sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 64 peratus atau 50 kematian.

"Jumlah kes yang dilaporkan pula ialah 43,543 kes, iaitu peningkatan 17 peratus atau 6,265 kes, berbanding 37,278 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya.

"Ada tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes minggu lepas berbanding minggu sebelumnya iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meningkat 16 kes, Selangor dan Pahang masing-masing 11 kes, Pulau Pinang (9), Sabah (8), Terengganu (4) manakala Negeri Sembilan meningkat tiga kes,” katanya. - Bernama

No comments:

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca