Friday, December 3, 2010

Diskaun saman 50% ringankan beban rakyat

PUTRAJAYA 1 Dis. - Langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kompaun munasabah saman trafik dengan kadar insentif sehingga 50 peratus mulai hari ini dilihat sebagai satu keputusan yang bertujuan meringankan beban rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu juga selaras dengan dasar kerajaan yang sentiasa mendengar rintihan orang ramai terhadap bebanan mereka untuk membayar saman trafik.

''Kita dengar rintihan orang ramai bahawa saman merupakan perkara yang sudah lama dan ada rintihan notis saman tidak sampai dan pengeluaran saman tersebut jika tidak ada kelonggaran diberikan, ia berkaitan dengan kes tertentu yang tidak adil.

''Apa yang kita lakukan bukan untuk saman, sebaliknya untuk mengenal pasti sama ada saman itu adalah perkara yang betul satu kesalahan atau melibatkan pemandu lain, jadi ini merupakan proses mendengar rintihan dan kita buat pengubahsuaian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen 2010 di sini hari ini.

Semalam, PDRM menerusi laman Facebook miliknya menyebut semua saman trafik dikeluarkan semalam atau hari sebelumnya, satu kadar munasabah akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat Pos dan Internet.

Kaedah itu juga akan digunakan bagi semua saman yang dikeluarkan selepas itu. Bagi saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50 peratus diskaun manakala saman yang dibuat dalam tempoh antara 16 hingga 30 hari pula akan diberi insentif 30 peratus.

Sementara itu, mengenai pendedahan laman web, Wikileaks menyebut Amerika Syarikat (AS) menamakan dua firma Malaysia terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China, Hishammuddin menjelaskan, kementeriannya akan bertindak pada pertimbangan asas iaitu sekiranya sesuatu perkara itu melibatkan keselamatan dalam negara.

1 comment:

Anonymous said...

nice one.. baru la tak bebankan rakyat sgt..

Penanggah

Penanggah 2

bacabaca